KENALI SKAMD

Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua ditubuhkan pada 1 September 1997. Diterajui oleh Encik Ishak Bin Hussin selaku guru besarnya yang pertama.

Turut membantu Encik Ishak Bin Hussin dalam pengurusan sekolah ialah tiga orang guru penolong kanannya iaitu Encik Ibrahim selaku GK Kurikulum, Puan Sidar Binti Mohamed selaku GPK Hal Ehwal Murid dan Encik Abdul Karim Bin Minhad selaku GPK Ko-kurikulum.

Diawal penubuhannya, iaitu pada September 1997, hanya seramai 13 orang guru sahaja ditempatkan di sekolah ini dan melibatkan hampir 360 orang murid yang berasal dari sekolah berhampiran iaitu SK Taman Alam Megah.

Sementara kelas yang dibuka hanyalah terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja. Daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 hanya diwakili oleh 3 kelas iaitu Anggur, Belimbing dan Ciku. Setiap kelas mempunyai purata murid seramai 25 hingga 30 orang.

Hasil kerjasama di antara guru-guru sekolah ini, sekolah ini mampu menghasilkan motto, lencana sekolah, lagu sekolah tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

Moto sekolah ini pada awalnya ialah "MENUJU KECERMELANGAN" hasil ilham guru besarnya sendiri iaitu Encik Ishak Bin Hussin. Pada tahun 2000, moto sekolah ini telah ditukar untuk kali kedua iaitu "CEMERLANG HINGGA TERBILANG" dengan tujuan unutk meningkatkan dan memurnikan lagi motto sekolah ini. Moto "CEMERLANG HINGGA TERBILANG" ini adalah hasil pemuafakatan diantara guru-guru sekolah ini dan dimurnikan Encik Abdul Razak Bin Jidin selaku guru besar selepas menggantikan Encik Ishak Bin Hussin yang bertukar ke sekolah lain pada tahun 2000.

Lencana sekolah telah direka oleh Puan Nik Rusilawati Binti Shufa'at bersama-sama beberapa orang guru sekolah ini. Puan Nik Rusilawati dan kumpulannya telah diberi mandat oleh Guru Besar untuk menyediakannya. Warna tema ialah hijau dan kuning yang menandakan warna diraja dengan maksud, warga sekolah yang mendaulatkan raja dan hijau lambang perpaduan. Sementara logo seorang murid yang sedang menggunakan komputer ialah lambang penggunaan teknologi masa ini. Namun begitu, selaras dengan perubahan zaman dan waktu, lencana sekolah ini telah diubah semula untuk kali kedua pada tahun 2005.